HuluKelang.Com

PDF Print E-mail
User Rating: / 2
PoorBest 
Isu Utama
Written by Urwah Saari   
Wednesday, 28 January 2009 08:52

SOALAN-SOALAN LAZIM
PELAKSANAAN PEMBERIAN 20m3 PERTAMA AIR PERCUMA

1. Apakah dasar dan tujuan yang terkandung dalam pelaksanaan pemberian air percuma ini?
Dasar pemberian air percuma ini diberikan kepada semua pengguna air domestik yang menggunakan meter individu di Selangor. Bil air yang dimaksudkan ialah bil yang dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

2. Bilakah tarikh pelaksanaan pemberian air percuma ini?
Pemberian air percuma ini akan dilaksanakan di Selangor mulai 1 Jun 2008.

3. Berdasarkan bil SYABAS yang diterima pada 10 Jun 2008, saya dapati bahawa pemberian air percuma ini tidak dilakukan. Adakah ia bermaksud saya tidak layak menerima pemberian air percuma ini?
Pemberian air percuma ini dikuatkuasakan mulai 1 Jun 2008. Walau bagaimanapun, pihak tuan/puan akan menerima rebat bayaran (disebabkan pemberian air percuma tadi) pada bil yang diterima mulai 16 Jun 2008 secara proportional rate (kadar prorata). Jika ia tidak berlaku, pihak tuan/puan akan menikmati tunggakan rebat pada bil bulan berikutnya. Pihak tuan/puan boleh merujuk kepada pihak SYABAS untuk tindakan lanjut.

4. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk menikmati pemberian air percuma ini?
Pengguna domestik yang menggunakan meter individu sahaja yang layak menikmati rebat bayaran di atas pemberian air percuma tadi. Bagi pengguna domestik yang menggunakan meter pukal seperti di kondominium dan rumah pangsa, mereka perlu menukar kepada meter individu terlebih dahulu sebelum menikmati pemberian air percuma ini. Justeru, urusan penukaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak SYABAS dari semasa ke semasa.

5. Adakah pelaksanaan pemberian air percuma ini juga dipanjangkan kepada pengguna-pengguna domestik yang menggunakan meter individu di Kuala Lumpur dan Putrajaya?
Tidak.


6. Saya adalah penghuni sebuah kawasan rumah persendirian di kawasan Lembah Kelang. Adakah saya layak menikmati pemberian air percuma ini?
Ya. Pihak tuan/puan adalah layak menikmati pemberian air percuma ini selagi menggunakan sistem meter air individu.

7. Saya adalah penghuni sebuah kawasan kondominium mewah di Cheras (Selangor). Adakah saya layak menikmati pemberian air percuma ini?
Tidak, kecuali pihak tuan/puan telah melaksanakan penukaran ke sistem meter air individu terlebih dahulu, tertakluk kepada ketetapan oleh pihak SYABAS.

8. Berapakah tempoh pelaksanaan pemberian air percuma ini akan dilaksanakan?
Dasar pemberian air percuma ini adalah berterusan mulai 1 Jun 2008 dan tertakluk kepada lain-lain perubahan yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

9. Saya telah menukarkan sistem meter air pukal di kediaman saya. Walau bagaimanapun, ia hanya akan berfungsi mulai 17 Ogos 2008. Adakah saya layak menikmati pemberian air percuma ini mengikut tarikh ia berkuatkuasa?
Tidak. Pihak tuan/puan hanya layak menikmati pemberian air percuma ini mulai tarikh sistem meter individu itu berfungsi.

 

You are here  :