|
|
|
| Pengumuman | ||||
| Wednesday, 11 November 2009 10:22 | ||||
|
3. Pada 1 November 2009, sekitar pukul 10:00 malam, di rumah persendirian beralamat No 2 Lorong 2C, Taman Sri Ukay, 68000 Ampang, sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat tangkapan ke atas Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diundang menyampaikan ceramah di rumah persendirian tersebut. Saya berada di tempat kejadian pada masa itu dan memerhatikan seolah-olah pihak penguatkuasa JAIS mahu menangkap seorang penjenayah. Setelah ditangkap, Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah diikat jamin dan kini beliau masih diikat jamin.
Rakyat yang mengharapkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor lebih mesra terhadap ulama dan pendakwah kini menjadi keliru. Hari ini Kerajaan Pakatan Rakyat dianggap oleh sesetengah pihak sama sahaja seperti Kerajaan Umno-Barisan Nasional yang menghalang dan menangkap ulama dan pendakwah semasa pentadbiran mereka.
Tanggapan negatif rakyat seperti ini mesti dihapuskan segera. Perkara ini berkenaan kepentingan orang ramai memandangkan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Negeri Perlis, adalah seorang ilmuan yang berkaliber, berkelayakan dan berpengaruh. Beliau mempunyai ijazah PhD dalam bidang hadith dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Pihak JAIS dalam menguatkuasakan undang-undang hendaklah mengambil kira Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah seorang bekas mufti dan seorang ilmuan yang mendapat pengiktirafan di dalam dan luar negara.
Dalam perubahan dasar ke arah demokrasi, musyawarah dan people-friendly amalan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sepatutnya: - para ilmuan dan mereka yang berkelulusan serta berkelayakan yang berminat untuk menabur bakti berkongsi ilmu hendaklah diberikan tauliah tanpa perlu mereka membuat permohonan, - wujud suasana yang menggalakkan dan memudahkan proses untuk mendapatkan tauliah.
Dalam konteks ini, Pihak JAIS hendaklah menggiatkan Peraturan 22: Pengecualian dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, melalui notis bertulis, mengecualikan mana-mana orang yang disenaraikan dalam peraturan tersebut untuk mendapatkan tauliah.
Perkara ini berkehendakkan disegerakan kerana ia telah dan akan mencemarkan imej Kerajaan Negeri jika tiada tindakan segera daripada Kerajaan Negeri.
|
||||