|
|
|
| Isu Utama | ||||
| Tuesday, 05 January 2010 23:51 | ||||
|
Keramat Permai AU1B - Satu majlis dialog wakil persatuan, PKZ dan penduduk dengan wakil JKP MPAJ Zon 3 bersama Saari telah diadakan. Kawasan perumahan rumah pangsa Keramat Permai AU1B terdiri daripada 12 blok. Masalah utama dari perspektif penduduk adalah kemudahan seperti tong sampah, lampu tangga dan pencahayaan kawasan pada waktu malam. Walaupun semua itu penting dan perlu diselesaikan, Ahli Majlis Razali Ramly dan Saari menekankan masalah yang lebih utama adalah tentang pentingnya penduduk setiap blok menyusun kerja mereka melalui jawatankuasa blok yang pro-aktif ke arah penubuhan JMB atau jawatankuasa pengurusan bersama. JMB adalah keperluan di bawah undang-undang Kerajaan Pusat, Akta 633. Ini kerana hampir semua masalah yang ditimbulkan oleh penduduk adalah disebabkan tiadanya jawatankuasa yang berkesan yang menguruselia kawasan perumahan tersebut. Perihal pentingnya kesemua 12 JMB kelak menyelaraskan kerja bagi menjaga kebajikan dan keselesaan penduduk melalui penubuhan sebuah persatuan juga ditekankan.
Dialog yang diatur hasil inisiatif dan gerakerja dari belia
Barisan wakil JKP MPAJ, ADUN, Ahli Majlis MPAJ, wakil PKZ dan wakil persatuan penduduk
Ahli Majlis, Razali Ramly menjelaskan perlunya penduduk menjadi mata dan telinga bagi MPAJ mendapat maklumat untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya. Oleh itu JMB adalah satu perkara yang amat penting.
Saari mengumumkan akan membekalkan 6 tong sampah baru tetapi lebih menekankan pentingnya penduduk mengatur urusan bermasyarakat di perumahan berstarata melalui muafakat, kasih sayang, gotong royong dan kerjasama di bawah pengurusan JMB di setiap blok
Saari meminta di peringkat awal ke arah penubuhan JMB, setiap dari 12 blok tersebut hendaklah mempunyai jawatankuasa yang terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi, seorang setiausaha, seorang bendahari dan seorang ketua biro wanita.
|
||||