|
|
|
| Pendidikan | ||||
| Monday, 08 February 2010 03:11 | ||||
![]() (gambar) Saari sedang menyampaikan ucapan aluan TAMAN MELAWATI - Satu Taklimat Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak telah dianjurkan baru-baru ini di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak di sini. Program taklimat ini adalah satu program inisiatif penjagaan alam sekitar serta penjagaan sumber air khususnya sumber air di Sungai Kelang yang bermula di DUN Hulu Kelang. Program taklimat awal ini dicetuskan oleh Saari selepas lawatan beliau ke Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam rangka kerja beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor beberapa bulan yang lalu. Taklimat Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak ini telah disampaikan oleh Pegawai dari LUAS, Encik Mazlan Idrus serta sedikit perkongsian pengalaman pelaksanaan program ini oleh Puan Muhaidatul Ismah dari Komuniti Surau Sri Baiduri, Ukay Perdana yang telah berjaya menjalankan program ini. Peserta yang hadir ke taklimat ini terdiri daripada Ketua-ketua Pusat Khidmat Zon DUN Hulu Kelang, wakil-wakil masjid dan surau, wakil-wakil persatuan penduduk serta wakil-wakil badan pengurusan bersama pangsapuri-pangsapuri di DUN Hulu Kelang. Dalam taklimat ini, pihak LUAS telah mendedahkan kepentingan dan manfaat pelaksanaan program ini terhadap aspek penjagaan alam sekitar serta kempen kesedaran pemeliharaan sumber air. ![]() (gambar) Taklimat disampaikan oleh pihak LUAS
|
||||