|
|
|
| Isu Utama | ||||
| Monday, 08 February 2010 09:28 | ||||
|
UKAY PERDANA, 7 FEB - Komunti Pangsapuri Sri Baiduri di sini mengambil satu inisiatif menyumbang kepada penjagaan alam sekitar dengan menganjurkan program kitar semula minyak masak. Program yang turut disokong oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) ini bermatlamatkan memulihara sumber air agar tidak dicemari sisa-sisa minyak masak yang kebanyakkan dibuang keluar oleh pengguna ke dalam longkang dan saliran. ![]() Usaha yang dimulakan oleh jemaah wanita Surau Sri Baiduri ini sejak beberapa bulan lalu pada mulanya mendapat sambutan dingin. Namun dengan usaha yang gigih dan penerangan tanpa jemu, masyarakat sekeliling sudah mula menunjukkan reaksi positif dan menyedari pentingnya menjaga alam sekitar. ![]() Selain daripada menjaga alam sekitar, minyak masak terpakai ini boleh dijual kepada kilang-kilang yang memproses biodisel, lilin, pencuci serbaguna dan banyak lagi. Ini seterusnya memberikan pulangan yang bererti kepada mana-mana institusi masyarakat yang mengumpulkannya. Turut hadir En Abdul Latif, Ahli Majlis MPAJ Zon 4 dan wakil daripada LUAS. ![]() (gambar) lori yang sedia menyedut minyak masak terpakai
|
||||