ARKIB Laman Web ADUN Hulu Kelang

Saari Sungib 2008-2011

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Selamat Datang ke Saari-Sungib.Com

Kitar Semula Bahan-bahan Buangan

E-mail Print PDF

Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang - Aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan pejabat seperti kertas, risalah, kotak, kad dan sampul surat terpakai diteruskan oleh Pusat Khidmat DUN. Kali ini ia bermula terus dari pusat khidmat sendiri.

 

 Alam Flora menyediakan khidmat petugas dan lori untuk datang menimbang, merekod dan memunggah bahan-bahan buangan untuk kitar semula
Puan Aida, aktivis alam sekitar dan kitar semula dari Pangsapuri Sri Baiduri Ukay Perdana merekodkan berat bahan-bahan kitar semula untuk dituntut bayarannya daripada Alam Flora. Hasil daripada bayaran tersebut akan disumbangkan terus ke tabung surau Pangsapuri Sri Baiduri.
 Tiada secebis sisa bahan-bahan yang boleh dikitar semula pun dibuang begitu sahaja oleh Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang. Saari komited untuk menjadikan penjagaan alam sekitar sebagai salah satu agenda utamanya di Hulu Kelang.

 

 


Selamat Datang ke Saari-Sungib.Com