|
Pembangunan Islam
|
|
Written by Urwah Saari
|
|
Taman Melawati - Seperti Ramadhan pada tahun 2008 dan 2009, pada kali ini sekali lagi Saari dan isteri berbuka puasa dengan komuniti India Muslim (kini dipopularkan sebagai Muslim India) di Madrasah Al-Salahiyah Taman Melawati. Kali ini komuniti Muslim India menyediakan kain rentang menyambut kedatangan Saari Saari menyampaikan ucapan sambil diperhatikan oleh Hj Khaliquz-Zaman, Pengerusi Madrasah Al-Salahiyah Shamsul Ummah & Tokoh Masyarakat, Dato Thasleem yang merupakan seorang tokoh besar Muslim India di negara ini turut hadir meraikan Saari Kaum muslimat juga turut hadir memeriahkan majlis berbuka puasa komuniti Muslim India |
|
|
Program Kebajikan
|
|
Written by Urwah Saari
|
|
Hulu Kelang - Majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal dan anak-anak yatim sempena Hari Raya Eidul Fitri telah disempurnakan di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak di Taman Melawati. Seperti tahun lalu, Ahli Parlimen memberi sumbangan kepada ibu tunggal dan wanita susah manakala ADUN pula memberi sumbangan kepada anak-anak yatim. YB Azmin Ahli, Ahli Parlimen memberi sumbangan kepada lebih 500 wanita-wanita ibu tunggal seluruh Kawasan Parlimen Gombak di mana seramai 190 orang adalah dari DUN Hulu Kelang ADUN pula memberi tumpuan mendapatkan senarai dan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim di DUN Hulu Kelang Seramai 252 anak yatim telah berjaya dipanggil untuk menerima sumbangan Senarai anak-anak yatim didapati dari semua 18 zon di DUN Hulu Kelang termasuk mereka yang tinggal secara transit di Ampang dan Bukit Cheras Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang masih berusaha untuk mendapatkan penerima di kalangan anak-anak yatim yang belum tersenarai Saari berusaha agar tiada seorang pun anak yatim tertinggal tidak mendapat sumbangan Hari Raya Eidul Fitri pada tahun ini |
|
Program Kebajikan
|
|
Written by Urwah Saari
|
|
Hulu Kelang - Saari terus menyampaikan sumbangan fasa pertama Skim Mesra Usia Emas sebanyak RM1,000 kepada setiap waris warga emas yang meninggal dunia. Puan Shufia bt Ibrahim waris Almarhumah Darisah bt Ahmad (300603-01-5274) dari Jalan F4 Taman Melawati menerima RM1,000 daripada Saari Balu kepada Almarhum Mohd Yusof bin Mohamed (440604-08-5359) dari Taman Permata menerima RM1,000 daripada Saari sambil diperhatikan oleh anaknya Muazmir bin Mohd Yusof Abdul Mutalib di samping ibunya, waris kepada Almarhum Uthman bin Pandak Md Din dari Lembah Keramat AU5/8 menerima RM1,000 daripada Saari Waris kepada Almarhum Said bin Mohamad (281113-07-5169) dari Desa Keramat AU2C/4 menerima RM1,000 daripada Saari Zanariah bt Abdullah anak kepada Almarhumah Jamaliah bt M. Sedik (440415-10-5234) dari Batu 7.5 Jalan Hulu Kelang menerima RM1,000 daripada Saari |
|
|
Isu Selangor
|
|
Written by Urwah Saari
|
|
Shah Alam - Saari telah mempengerusikan satu pendengaran terhadap tindakan penambahbaikan PKNS terhadapa kelemahan-kelemahan perbadanan tersebut dalam menguruskan bangunan di bawah miliknya seperti yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008. Audit adalah terhadap SACC Mall di Shah Alam, Kompleks PKNS di Bangi, Kompleks PKNS di Shah Alam dan Kompleks PKNS di Kuala Selangor. Antara kelemahan adalah tentang perjanjian lewat ditandatangani, premis disewa tanpa perjanjian dan perjanjian tamat tidak diperbaharui. Laporan audit juga menyatakan perlantikan syarikat kawalan keselamatan swasta oleh PKNS tidak memuaskan kerana PKNS tidak memperbaharui perjanjian apabila perjanjian tamat Setelah mendengar penjelasan pihak PKNS beserta dengan bukti-bukti domumen dan surat menyurat, JPK ABAS telah berpuas hati dan mengucapkan tahniah kepada pasukan PKNS yang telah bertindak segera memperbaiki kelemahan seperti yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008. |
|
Pembangunan Islam
|
|
Written by Urwah Saari
|
|
Sg Sering - Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Khidmat Zon Sg Sering & Ukay Perdana dan Surau Nurul-Hijrah Al-Khalidiyah Sg Sering telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bagi wanita-wanita di Sg Sering dan Ukay Perdana. Saari mengingatkan hadirin dan hadirat bahawa majlis khatam Al-Quran bukan bermakna Al-Quran tidak dibuka lagi selepas Ramadhan, sebaliknya majlis khatam Al-Quran hendaklah dijadikan satu majlis pernyataan komitmen untuk terus membuka mushaf-mushaf Al-Quran untuk tilawah, mempelajari isi kandungan serta mengamalkan Al-Quran
Peserta dewasa dan kanak-kanak dari Ukay Perdana Saari menyampaikan penghargaan kepada peserta kanak-kanak lelaki En Abdul Latif Shaari, Ahli Majlis MPAJ turut memeriahkan majlis dengan menyampaikan cenderahati kepada peserta AJK Surau Nurul Hijrah bersama peserta-peserta lelaki Peserta kanak-kanak perempuan dari Sg Sering dan Ukay Perdana |
|
|
|
|
|
|
Page 5 of 10 |