|
| Khidmat Kesihatan | ||||
| Tuesday, 02 February 2010 07:49 | ||||
|
(gambar) Saari meluangkan masa melihat perjalanan program pemeriksaan kesihatan KG KLANG GATE BARU - Program Khidmat Kesihatan Rakyat DUN Hulu Kelang diteruskan lagi dan lokasi berikutnya adalah di Balairaya Kg Klang Gate Baru. Program kali ini dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kg Klang Gate serta Pejabat Kesihatan Daerah Gombak. Antara pemeriksaan kesihatan yang dijalankan adalah pemeriksaan tahap tekanan darah, tahap kandungan gula dalam darah, BMI dan juga pemeriksaan khusus untuk golongan wanita iaitu pemeriksaan pap smear. Juga diadakan pameran kesihatan yang menumpukan kepada penyakit diabetes. Selain daripada itu, pegawai kesihatan yang hadir telah sudi berkongsi maklumat penjagaan dan pemeriksaan kesihatan wanita kepada golongan wanita yang hadir semasa program tersebut. (gambar) Ceramah dan cara pemeriksaan wanita sedang disampaikan
|
||||